Hehehe...saya pun cadangkan, jom gi Zoo Negara nak...???
Sebenarnya, saya teringin nak gi zoo, gara-gara tengok gambar Ujang dating kat dalam frenster. So pagi sabtu tu, mai guna google map cari peta nak gi zoo, almaklum la...kami berdua nih memang la 'buta jalan'. Setelah menyalin arahan yang lengkap dari google map tu, kami pun bersiap ke zoo. Tapi sebelum tu, kami singgah dulu kat Petronas, check apa yang patut, isi apa yang patut. Dalam pukul 10, kami pun memulakan perjalanan.
Alhamdulillah, kami sampai kat zoo tu dengan selamatnya tanpa sesat. Dah lama rasanya saya tak ke Zoo Negara, dulu pernah pegi gak tapi itu lama dulu...masa saya berumur 5 , 6 tahun agaknya. Wah, seronoknya saya dapat jalan-jalan sambil melihat aksi-aksi haiwan yang terdapat di sana. Saya bukanlah seorang pencinta haiwan yang fanatik tapi saya seronok sangat dapat 'menjenguk' haiwan-haiwan tu sambil melihat pelbagai gelagat manusia. Ramai jugak pengunjung zoo pada hari itu, mungkin kerana musim cuti sekolah. Dan saya sangat teruja untuk pertunjukan pelbagai haiwan yang diadakan pada setiap hari pada jam 11.00 pagi dan jam 3.00 petang (sanggup je tunggu sampai pukul 3, arie tu....hehehe...)
Setiap kali saya melalui setiap kandang atau sangkar haiwan-haiwan tersebut, kadang kala timbul juga rasa sayu dalam hati, kesian melihat mereka-mereka ini dikurung. Tentu mereka kesunyian. Tapi kalau di lihat daripada sudut yang positif, mungkin ini juga untuk kebaikan mereka juga kerana kebanyakan haiwan yang ada di zoo ini adalah antara spesis-spesis yang terancam dan semakin pupus. (sensitip gak saya nih kan...hehehe...)

Nota saya :
Seronok jer bila cuti hujung minggu saya terisi dengan pelbagai aktiviti, tak la memerap jer kat rumah.








